Tuesday, January 11, 2011

Paparan artikel Persatuan Bumiputra Suluk Kota Kinabalu


Gambar diatas adalah muka hadapan The Borneo Post memaparkan Yang Di-Pertua Persatuan yang diterbitkan pada 2-Januari-2011, dengan tajuk 'Suluk father, son in quest to lead flock'


Gambar berikut adalah artikel bagi tajuk diatas yang di keluarkan pada tarik yang sama yang di letakkan pada muka surat A13 di akbar 'The Borneo Post'













Monday, January 10, 2011

Paparan di 'The Borneo Post' bersama Datuk Bandaraya Kota Kinabalu

Gambar diatas di keluarkan di akbar harian 'The Borneo Post' Pada(23 Disember 2009),gambar tersebut di ambil semasa kunjungan hormat ke Datuk Bandaraya Kota Kinabalu.

Saturday, January 1, 2011

Keahlian Ahli Biasa Persatuan


Ahli biasa Persatuan terbuka kepada keturunan Suluk beragama Islam yang mencapai umur lapan belas (18) tahun ke atas yang tinggal tetap di daerah Kota Kinabalu. Pada peringkat permulaan, pada enam bulan pertama pendaftaran ahli-ahli baru agak kurang mendapat sambutan.

Selama enam bulan, pihak hanya berjaya mendapat 150 orang ahli sahaja. Menyedari kurang sambutan, pihak ahli jawatankuasa bermesyuarat pada bulan Mac.

Sehingga kini jumlah keahlian Persatuan yang berdaftar secara sah adalah seramai 300 orang. Pihak Persatuan menyedari banyak cabaran untuk menarik minat ahli baru untuk mendaftar secara sah. Pihak Persatuan menjangka 500 orang menjadi ahli Persatuan menjelang hujung tahun ini dan mensasarkan keahlian seramai 20,000 orang ahli untuk tahun depan.

Di antara cabaran pihak Persatuan ialah ada di antara bakal ahli-ahli yang berminat untuk menjadi ahli Persatuan, memiliki dokumen selain dari Mykad. Keadaan ini menyebabkan pihak Persatuan meletakan permohonan mereka tertangguh.

Walaupun demikian, pihak Persatuan amat positif dan yakin, cabaran ini mampu dirungkai dan seterusnya di selasaikan dengan berkesan dengan usaha – usaha berterusan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Dasar Persatuan


Bagi setiap Persatuan yang baru ditubuhkan salah satu aspek yang penting ialah menentukan dasar sebuah Persatuan dalam usaha menuju pembangun Persatuan dan ahli-ahlinya dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, dan politik.

            Dasar Persatuan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan halatuju Persatuan. Dasar Persatuan terhadap ahli-ahlinya adalah untuk mewujudkan satu komuniti Suluk di Sabah yang dinamik dan seimbang memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

Dasar Persatuan kedua, menghasilkan warga yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan hasrat kerajaan untuk mengadakan proses pembangunan modal insan dan pembelajaran yang cekap dan efisien.

            Dasar Persatuan ketiga, berkerjasama dan mengeratkan hubungan Persatuan dan ahli-ahlinya dengan Kerajaan melalui jabatan-jabatan dan agensi kerajaan agar dapat mengikuti dan menyertai program-program pembangunan  yang sudah atau masih dalam perancangan pihak kerajaan Malaysia.

            Dasar yang digariskan di atas dapat membantu Persatuan, ahli-ahli Persatuan, dan kerajaan bergerak maju dan berkembang secara positif dan seimbang sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan melahirkan warganegara yang sihat dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.

Struktur Persatuan Bumiputra Suluk Kota Kinabalu Sabah

Fungsi Persatuan


  1. Menyatupadukan dan mengeratkan perpaduan kaum bumiputra Suluk, Sabah. 
  2. Menggalakan ahli persatuan terlibat dalam aktiviti pertanian dan perniagaan kecil.
  3. Mencari penaja pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik untuk anak-anak ahli persatuan.
  4. Menggalakkan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal-ehwai sivik , sosial dan kebajikan.
  5. Menyertai pembangunan yang menyeluruh dan lengkap yang meliputi aspek-aspek kerohanian,moral,sosial dan ekonomi untuk memajukan ahli-ahli.
  6. Meningkatkan taraf hidup kaum suluk di Kota Kinabalu, Sabah melalui  program-program sosio-ekonomi.
  7. Membantu kaum suluk dalam pemilikan rumah kos rendah dan sederhana di Kota Kinabalu,Sabah

Visi dan Misi


VISI
Mendukung sebuah Persatuan dalam usaha ke arah pembangun Persatuan dan ahli-ahlinya dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, dan politik dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.


MISI

Membentuk sebuah Komuniti kaum Suluk dinamik dan progresif serta berdisiplin tinggi dalam mengharungi wawasan negara yang telah di gariskan.


Latar Belakang Penubuhan


Penubuhan Persatuan Bumiputra Suluk Kota Kinabalu,Sabah melalui proses yang sukar. Pada awal bulan Novemver 2008, terdapat beberapa orang sahaja untuk menunjukan minat untuk terlibat dalam menubuhkan Persatuan pada peringkat awal iaitu En. Rethaudin bin Jasmil, En. Jasmil bin Sirad dan En. Bariamin bin Nasiron.

Kami bertiga berbincang secara tidak formal untuk menubuhkan Persatuan dengan menggabungkan golongan muda dan tua untuk bersama-sama menubuhkan Persatuan. Kami membuat kajian rambang untuk mendapatkan pendapat dari mereka. Hasilnya, kami dapati ramai responden menggalakkan golongan muda yang ada pendidikan untuk penubuhan Persatuan.

Hasil kajian rambang tersebut, kami mula bergerak untuk mencari individu – individu yang berminat untuk menjadi Penaja Ahli Jawatankuasa. Perjumpaan dan perbincangan dengan rakan-rakan telah membuahkan kejayaan bahawa mereka bersetuju dan berminat terlibat dalam penubuhan Persatuan dimana semua Penaja Ahli Jawatankuasa Persatuan yang pertama.

Pada 25hb Februari,2009, kami semua telah sepakat untuk mengadakan satu mesyuarat. Agenda utama kami ialah mendapatkan persetujuan secara rasmi dari semua Penaja Ahli Jawatankuasa untuk menubuhkan Persatuan.

Keputusan dari mesyuarat tersebut, kami semua bersetuju bahawa Persatuan ini di daftarkan atas nama Ikatan Bumiputra Sulu Sabah (IBS). Setelah borang permohonan di isi dengan lengkap, pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan cawangan negeri Sabah menerima permohonan dan memberitahu kami bahawa permohonan kami akan disemak oleh mereka  terlebih dahulu.

Tiga minggu selepas permohonan di hantar, pihak kami menerima surat dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan dari Ibu Pejabat bahawa permohonan kami sudah sampai dan diterima serta akan di semak dan dinilai.

Sebulan kemudian, pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan cawangan negeri Sabah menghubungi kami untuk datang ke pejabat mereka pada bila-bila masa untuk mengambil semula permohonan kami kerana banyak yang perlu di perbetulkan dan di perincikan terutama nama Persatuan.

Sebelum itu, kami diberi khidmat nasihat oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Nasihat, idea dan tunjuk ajar kepada Persatuan banyak membantu pihak Persatuan dalam menyediakan Perlembagaan dan nama Persatuan ini.
 
 Setelah mendapat nasihat dan idea dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan, kami menarik permohonan Ikatan Bumiputra Sulu Sabah (IBSS).Kami beri nama baru kepada Persatuan iaitu PERSATUAN BUMIPUTRA SULUK KOTA KINABALU,SABAH.  Kami memohon semula kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Persatuan kami secara sah.

Kami diberitahu oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan cawangan negeri Sabah bahawa permohonan Persatuan ini akan disemak, diteliti dan di hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan pusat untuk penilaian sebelum diluluskan. Selepas menghantar permohonan kami, bermula episod menunggu jawapan.

Dalam tempoh menunggu jawapan, kami banyak membuat lawatan-lawatan ke kawasan-kawasan yang mana ramai kaum kami tinggal seperti di Kinarut, Telipok, Likas, Pulau Gaya, Tuaran, Menggatal, Karambunai, Luyang, dan Penampang. Kami juga membuat lawatan ke daerah lain seperti Sandakan, Lahad Datu, Telupid, dan Kudat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat keadaan kaum Suluk terutama permasalahan yang mereka hadapi seperti ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan perumahan.

Rumusan dari lawatan ini, kami percaya dan yakin bahawa melalui penubuhan Persatuan Bumiputra Suluk Kota Kinabalu, Sabah, kami mampu membawa perubahan secara berperingkat kepada kaum Suluk. Kami sedar, usaha ini tidak akan berjaya jika kami tidak berkerjasama dengan pihak kerajaan terutama Jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan.

Setelah menunggu selama setahun lebih, kami telah di hubungi oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan cawangan negeri Sabah untuk datang mengambil Surat Kelulusan dan Sijil Pendaftaran. Persatuan Bumiputra Suluk Kota Kinabalu, Sabah akhirnya di luluskan secara rasmi pada 5hb Oktober, 2009.

Sijil Kelulusan Persatuan



Gambar di atas adalah surat kelulusan daripada Jabatan Pendartaran Pertubuhan Negeri Sabah.