Bagi setiap Persatuan yang baru ditubuhkan salah satu aspek yang penting ialah menentukan dasar sebuah Persatuan dalam usaha menuju pembangun Persatuan dan ahli-ahlinya dari aspek ekonomi, sosial, pendidikan, dan politik.
Dasar Persatuan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan halatuju Persatuan. Dasar Persatuan terhadap ahli-ahlinya adalah untuk mewujudkan satu komuniti Suluk di Sabah yang dinamik dan seimbang memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Dasar Persatuan kedua, menghasilkan warga yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan hasrat kerajaan untuk mengadakan proses pembangunan modal insan dan pembelajaran yang cekap dan efisien.
Dasar Persatuan ketiga, berkerjasama dan mengeratkan hubungan Persatuan dan ahli-ahlinya dengan Kerajaan melalui jabatan-jabatan dan agensi kerajaan agar dapat mengikuti dan menyertai program-program pembangunan yang sudah atau masih dalam perancangan pihak kerajaan Malaysia.
Dasar yang digariskan di atas dapat membantu Persatuan, ahli-ahli Persatuan, dan kerajaan bergerak maju dan berkembang secara positif dan seimbang sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan melahirkan warganegara yang sihat dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.